Monday, October 10, 2016

Mukaddimah

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Tujuan blog ini ditubuhkan untuk mendekatkan orang ramai kepada takaful. Ramai orang beranggapan Takaful adalah satu perkara yang harus dielakkan dan ditakuti. Ini menyebabkan pengabaian kepada takaful dan memberi impak kepada orang tersayang. Dari sudut ekonomi pula ia melambatkan pertumbuhan ekonomi Islam.

Buat permulaan saya akan memberi fokus kepada permasaalahan sewaktu membuat tuntutan. Acap kali kita mendengar tuntutan lambat dan lebih malang tuntutan dinafikan. Mengikut kajian saya, kebanyakan masalah tuntutan disebabkan oleh tersalah proses atau tersalah membuat tuntutan. Ini berikutan kekurangan maklumat atau mendapat maklumat kurang tepat.

Fokus utama akan diberikan kepada masalah tuntutan kenderaan bermotor. Undang² di negara kita telah menetapkan bahawa setiap kenderaan harus mempunyai perlindungan takaful sebelum mendapatkan cukai jalan. Pengguna lebih ramai bagi takaful kenderaan bermotor. Banyak pengguna keliru semasa mengambil takaful untuk kenderaan mereka dan akan meyebabkan berlaku beberapa kesilapan.

Diharapkan blog ini dapat membantu serba sedikit kekeliruan mengenai takaful. Saya akan sedaya upaya untuk menjawap sebarang persoalan yang diutarakan.

Sekian terima kasih.....